Monday, 19 November 2012

peace ... kami ...

suka sgt pic ni ..  sweet sgt ... !! <3 hehe ... 
update skjap jew ni ..

imam ku

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA

"Sebaik-baik isteri adalah yang jika kamu memandangnya membuatkan hatimu senang, jika kamu perintahkannya dia mentaatiku, dan jika kamu tinggalkannya maka dia akan menjaga untukmu harta dan dirinya."

Friday, 14 September 2012

Tanda Perasaan Wanita Terhadap Lelaki

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, 3 September 2012

sahabat sejati sukar dicari

 Dalam senyuman..Ada Maksud tersurat..
Dalam ketawa..Ada tersimpan kesedihan..
Dalam hati..Tersimpan Seribu perasaan.
Dalam persahabatan..Tersimpan berjuta Kenangan..

:-)

MAAFKAN AKU SAHABAT


Tatkala aku dilanda kemurungan,
Engkau jualah yang berada di sampingku,
Mendengar luahan hati yang tersirat
Dikala dugaan itu tiba.
Sahabat jualah sebenarnya mengajar aku supaya kuat dan tabah,
Bukan kerana aku seorang yang lemah,bukan kerana aku tidak berdikari,
Tapi kerana aku memerlukan seorang sahabat yang benar-benar ikhlas
Walaupun aku menghina,menyusahkan dan selalu sahaja meminta pertolongan
Tetapi engkau memberi aku jawapan yang belum pernah aku mendengarnya sejak aku berkawan
Engkau berkata "Aku kan sahabat, akan selalu membantu jika kau dilanda masalah,tapi serahkan
segala-galanya kepada Allah. kerana Allah jualah yang memberi ketenangan"
Alangkah indahnya nilai sebuah persahabatan jika disulami dengan kebaikan
Maafkan aku sahabat jika selama ini aku selalu menyakitimu,
Namun begitu engkau tidak pernah membalas, apatah lagi cuba menyakitiku semula
Kau ukir senyuman dibibir dan masih memeluk erat diriku walaupun kau tahu aku bukanlah
sahabat yang baik.
Di saat aku dilanda kepayahan, engkau taburkan nasihat tanpa mengenal putus asa
Sedangkan aku, hanya tahu menyakiti hati dan memerlimu acap kali
Kini tiada gunanya tangisanku pada hari ini
Jika masa itu mampu diputar, akan aku tebus kembali kesilapanku kepadamu
mungkin Allah lebih menyayangimu
Tiada guna aku menyesali kesilapanku dulu
Jika engkau masih hidup di saat ini sahabat,hanya satu yang aku pinta
"Maafkan aku sahabat"

Friday, 3 August 2012

orang bijak

1 - Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

untukmu

Berkatalah kamu apabila pasangan kamu ingin bertemu, sesungguhnya Allah itu Maha Melihat. Allah itu tahu apa yang ingin kita lakukan. Katakanlah kepada ia, sesungguhnya aku takut akan azab yang akan Allah berikan kepadaku.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

SELAGI KITA BELUM HALAL KITA MASIH PUNYA JARAK


adekku jeha nabila








Saturday, 28 July 2012

kesabaran perlu masa

Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.
Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.
Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.
Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.
Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.
Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.
Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.
Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.
Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.
Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

syurga cinta





Kepada wanita:
"Jadilah wanita umpama bunga dalam Kaca, tidak mudah didekati, hanya mereka yang benar-benar mampu dapat menyentuhnya.  

Kepada yang ingin bercinta:
"Jodoh itu ade 3 jenis:"
"Jodoh yang diilhamkan syaitan, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya"
"Jodoh yang diilhamkan Jin, Kamu mencintanya, tetapi dia tidak mencinta kamu, kamu menyihirkannya dan membomohkan nya untuk berkahwin dengan nya."
"Jodoh yang diilhamkan Allah, kamu bertentang mata dengannya, lahir perasaan cinta dihati kamu terhadapnya dan lahir perasaan cinta darinya terhadap kamu, kamu meminangnya untuk dijadi permaisuri rumahtangga mu"
Kepada Lelaki:
"Cinta bukan untuk mainan, cinta bukan untuk dipersendakan, cinta yang diperlukan wanita adalah cinta yang iklas datang dari hati. Cinta yang bersedia untuk hidup semati."


Kepada semua:
"Percintaan adalah permulaan Jodoh"
jeha nabila
sweety tween


friendship

forever

amaliayana


Friday, 27 July 2012

sahabat sejati sukar dicari

 
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

  Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
    ·                     Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
    ·                     Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
    Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

    Hati-hatila dgn shbat di bwh :
    ·                     Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
    ·                     Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
    ·                     Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
    ·                     Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
    ·                     Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
    Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

    ^^fazrul.. 

    imam untok wanita




    “CARILAH”
    LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
    Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
    KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
    Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
    BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
    JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
    BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA

    Hanya milik-NYA



    ♥♫❤• Yang INDAH hanya sementara ..
    ♥♫❤• Yang abadi adalah KENANGan ..
    ♥♫❤•Yang TULUS hanya dari sanubari
    ♥♫❤• Tidak mudah mencari yang HILANG ..
    ♥♫❤• Tidak mudah mengejar IMPIAN..
    ♥♫❤• Namun yang lebih susah adalah
    memPERTAHANkan apa yang ada..
    ♥♫❤• Kerana walaupun tergenggam erat b0leh
    terlepas juga ..
    ♥♫❤• Ingatlah pada pepatah,
    ♥♫❤• "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu
    sukai,
    maka sukailah apa yang kamu miliki saat
    ini .."
    ♥♫❤•
                                                        ●ஜ ۩۞۩ ஜ▬▬▬▬▬▬ ♥fazrul

    • Cintaku yang sederhana •


    Ketika engkau bertanya, mengapa aku memilihmu?
    Aku menjawab ..., Kerana agamamu..
    Ketika engkau bertanya, cukupkah hanya itu?
    ...aku menjawab .., ada lagikah yang lebih utama dari itu?

    Mungkin alasanku terlalu sederhana ...
    Namun ku yakin engkau kan tahu, betapa mahal harganya
    Bahawa hal itu adalah sebuah kebenaran..
    Bahawa alasan itu adalah sebuah kejujuran..
    Bahawa sederhana itu adalah sebuah perjuangan..

    Aku memilihmu tuk menjadi yang halal bagiku

    Bukan sekadar pilih atau mengikut trend masa kini
    Bukan untuk jadi kekasih atau lebih dari teman
    Bukan untuk menemaniku jalan-jalan atau makan-makan

    Engkau mungkin kecewa ...,

    Engkau mungkin bertanya...,
    Mengapa aku tak pernah katakan "cinta"?
    Mengapa aku tak pernah bilang "sayang"?
    Mengapa kita tak pernah berpegangan tangan?
    Atau sekadar bertukar pandang ...?

    Bagiku ...,

    Wanita sangatlah suci
    Bukan barang dagangan yang layak dipegang, kemudian dibeli
    Bukan barang contoh untuk dirasa, kemudian menawar harga..
    Wanita sangatlah mulia..Wanita lebih dari itu... : )


    .......♥♥♥..........fazrul

    Saturday, 16 June 2012

    Sayang adikku...^_^




    Sayang adikku...^_^  jangan kau mudah untuk mempertaruhkan cinta pada yang tak pasti... Kiranya engkau tahu erti cinta,kasih dan sayang untuk seseorang yang teramat teristimewa pada dirimu,pastikan dirimu takkan menjadi korban cinta mu kelak... Melafazkannya kata cinta,kasih dan sayang itu bukanlah sukar,tetapi... untuk kau melaksanakannya adalah satu tanggungjawab yang berat untuk kau memikulnya kelak... Sayang adikku... Jangan pula kau berasa takut untuk meluahkannya pada dia yang kau pasti untuk menjadi milikmu... Tetapi,pastikan juga si dia juga dapat menerima dirimu seadanya seikhlas hati... Sayang adikku... Bajailah dan semailah cinta mu itu dengan seikhlas hatimu,agar si dia juga dapat membalasnya juga dengan seikhlas hatinya juga kelak... Kisah hidupmu masih lagi panjang... Jangan begitu mudah untuk kau alpa dengan duniawi yang berkecamuk kini... Sayang adikku... Ketahuialh juga olehmu,bahawa aku juga menyayangimu... seperti mana kau menyayangi diriku... Akan tetapi,jangan lah kau kecewakan dirimu sendiri dengan cinta,kasih dan sayang yang masih belum pasti... Kelak akan membinasakan dirimu sendiri... Sayang Adikku Sayang... Ingatlah pesanan ku ini... Agar dapat menjadi bekalan untuk cinta,kasih dan sayang mu di kemudian hari... SALAMESRABADI dari abangmu yang sejati...<3