‘Teman yang paling
baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar
kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta
melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada
pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita
bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatila dgn shbat di bwh :
·
Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang
banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau
hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan
jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
·
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul
atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk
menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia
merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia
khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
·
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran
dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan
dan pertunjukan yang melalaikan.
·
Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi
di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat,
bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan
boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari
redha-Nya.
^^fazrul..


